Innalillahi wa inna ilaihi raji'un....
Aku terima berita sedih hari ini. Jam 04.59 petang waktu jordan, aku telefon abah minta izin ikut satu rombongan cuti fasal pertama nanti. Alhamdulillah abah izinkan. Kata abah nanti abah masukkan duit. terima kasih abah. :)
Abah bagitahu ada surat konvo sampai. Biarlah bah. Bukan aku boleh ikut serta pun. Impian mempertemukan dua keluarga pun sudah terkubur. Dahulu memang aku kecewa. sekarang aku sedia terima bahawa aku tak dapat melaram di atas pentas dengan baju konvo. Itu juga satu daripada impian yang sangat sangat ingin kuraih. Tak apa.
Sebelum abah letak telefon. Abah beritahu kakak ada di wad Taiping. Aku terkejut. Kata abah kakak keguguran.
Allahu Rabbi.
Berderau darahku dengarkan berita dari abah. Tiba-tiba hatiku jadi sayu. Aku terus mendail nombor telefon abangsaham, suami kakak. salah nombor.
Aku dail nombor telefon kakak dengan harapan abang sham akan angkat. Yes. Abang sham angkat. Dia ada di wad temankan kakak. Ya Allah, menitis air mataku mendengar cerita abang sham. Ya Allah selamatkan kakakku. Aku sangat sayangkan dia. Aku minta untuk bercakap dengan kakak.
Suara kakak memberitahu aku bahawa dia baik-baik saja. tapi aku sudah sangat tidak tahan. Aku teresak-esak di talian. Sepatutnya aku yang menenangkan dia. Tapi sebaliknya dia yang menenangkan aku. Maafkan aku kak.
Kata kakak, "Tak apalah, bukan rezeki". kak, aku tahu kau kecewa. Sabarlah kakak. Dia menunggumu di syurga.
Entah mengapa selepas talian dimatikan aku masih mendudu dalam kesedihan. Pada siapa akan aku kongsikan duka ini. Lalu aku teringatkan Anah di Irbid. pantas aku dail nombor telefon dia menceritakn semua. Dia faham situasiku. Aku menahan tangis dalam diam. Allah sahajalah yang tahu perasaanku ketika itu.
Tadi dalam kelas ma'ajim aku diberitahu oleh Sina bahawa hari ini dia bertunang. Dia kawanku. Berbangsa Arab. Dia baik. Malah aku sudah dua kali mengikutinya balik ke asrama orang arab. Nota pun aku dapat dari dia. Terima kasih Sina. Selamat bertunang! Dia mengajakku ikut serta di majlis pertunangannya tapi aku menolak atas alasan wajibat yang masih belum tuntas.
Pagi tadi aku mendapat berita gembira. Petangnya aku mendapat berita sedih.
Tak cukup dengan itu, aku dail nombor telefon Aishah yang berada di Malaysia. Aku ceritakan pada dia. waktu aku dengar dia menjerit kerana mendapat panggilan dariku, aku jadi sangat sedih. Air mataku terus terusan tumpah. Tangis ini sudah tidak dapat dibendung. Menjadi-jadi. Barangkali kerana rinduku yang sarat pada dia, bercampur keadaan yang kakak alami serta masalah yang aku tanggung menghuni di bait Ma'wa ini silih berganti. Aku berbual-bual bila tangisan mampu dikawal sedikit demi sedikit. Kami brtanya khabar. Mengungkit kenangan silam. Bertambah-tambah rinduku pada dia. Paling aku tak dapat lupa bila Aishah katakan...
"Zu! Aishah dah bertunang..."
"Dengan siapa?" (aku tidak terkejut sedikit pun. aku fikir dia bergurau)
"Dengan Ustaz..."
Dia yakinkan aku bahawa dia memang benar-benar sudah bertunang. Benarkah Aishah?!
Tahniah!
Kami merancang berbual lebih lama di facebook saja tentang hal pertunangan dia.
Dari situ aku sempat berbual dengan kak bai yang kebetulan ada di bilik aishah waktu tu. Aku menangis lagi bila bercakap dengan kak bai. Aku rindu sangat pada kalian semua. Nasib baik kak bai pandai buat lawak hingga aku ketawa berdekah-dekah. (buruk betol perangai aku)
Aku tak lepaskan peluang telefon Noha. Aku mengadu semua pada dia. Tapi kali ini kesedihanku sedikit terubat. Aku tak menangis lagi. aku boleh bercakap dengan lancar. dari situ aku dapat juga bercakap dengan seha. Kebetulan mereka sedang buat esaiment bersama.
Aku solat asar dengan deraian air mata. Hati jadi pilu yang tiada tara.
Allah janjikan dalam surat cintaNya.
"Allah pencipta langit dan bumi. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, jadilah! Maka jadilah sesuatu itu."
Hari ini hari kedua rumahku tiada elektrik. Semalam elektrik rumahku dipotong akibat tertunggak bayarannya. Kami anak-beranak puas jugalah berbincang dan bercakap-cakap soal ini. Biar aku ceritakan satu persatu supaya kalian faham.
Bukan kami tak ada duit bayar bil elektrik cuma kami minta keadilan sahaja. Kami mula menghuni bait yang kami namakan bait Ma'wa ini pada tanggal 15 september 2012. kami telah menerima resit atau bil elektrik bulan 8 dengan jumlah bayaran sebanyak 29 dinar dan bil bulan 9 sebanyak 3 dinar sahaja.
untuk yang bulan 9 kami guna. Kami tak kisah bayar 3 dinar bersamaan RM15.00. Tapi 29 dinar lagi tu bukan tanggungjawab kami. Itu masalah penghuni sebelum ini. Sohib (tuan rumah) harus consider dalam hal ini. Amatlah tidak adil kalau kami yang harus bertanggungjawab ke atas 29 dinar itu. Atas nasihat jiran-jiran yang mengatakan jangan bayar dulu. Tunggu sohib rumah datang nanti minta claim sahaja dulu dengan dia.
Bimbang juga kalau kami dahulukan duit kami nanti dia enggan membayarnya semula.
Sudahnya, tunggu punya tunggu, sohib tak datang-datang sehinggalah elektrik di rumah kami di potong. Untung jugala kami berjiran dengan orang yang baik-baik. Jiran rumah bawah, Ustaz Danial, pelajar tahun empat yang tersangat sangat banyak menghulurkan bantuan itu dan ini selama kami menghuni di sini (bajet lame).
Tak lupa. ustaz rumah sebelah, ustaz Amir, ustaz Ashraf, ustaz Safwan dan seluruh ahli baitlah yang telah sudi menyambung satu mentol ke rumah kami melalui tingkap rumahnya ke tingkap rumah kami. Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Dari sebesar-besar masalah hinggalah kepada yang kecil-kecil, baiki saqonah, masalah tangki, paip air dan yang serupa lagilah.
Dengan satu mentol itulah kami berenam berkumpul untuk menelaah pelajaran oleh kerana masing-masing sedang berhempas pulas dengan imtihan sani ketika itu. Masih mampu memugal semangat membaca. Kerana keprihatinan ustaz-ustaz inilah kami masih mampu bertahan di rumah ini. Keesokannya, ustaz Syazwan dan ustaz Muiz bawa dua ahli baitku melunaskan juga bil elektrik rumah ini. Jumlah keseluruhan 41 JD bersamaan RM205.00. Bayaran tertunggak sejak bulan Mac 2012.
Membebel-bebel kami satu rumah mendengar nilai bayaran yang terpaksa kami dahulukan duit ahli bait. Moga nanti ada gantinya. Nilai sebesar itu mampu buat kami bertahan hampir dua minggu barangkali. Sekian dulu.
No comments:
Post a Comment