Friday, 2 November 2012

Jarah duka

Segala kata cacian itu tak terlupakan. sekalipun telah kau padam. Ibarat kaca yang telah pecah. Biarpun dicantum kembali serpihnnya namun tetap terlihat akan kesan retaknya. 

Begitulah ibaratnya hatiku ini. Aku sedia maafkan. Walaupun aku tahu 'memaafkan'mu tak mengubah apapun di masa laluku. Tapi sekurang-kurangnya aku memudahkan masa depanmu.  Biarlah.

Aku telah sedia melepaskan semua tentang harapan itu. Menurutku yang berlalu biarlah berlalu. Tak perlu diungkit lagi. Benar bisa dari kata-katamu belum sembuh lukanya. Ada hati yang masih mendudu dalam lara. Meminta aku bertahan dan membaik pulih apa yang telah roboh. Mengambil pengajaran sewajarnya tentang masa lalu.

Bila aku kata aku maafkan bukanlah bererti aku harus menerima semua kehendakmu. Biar aku pilih sendiri jalan hidupku ini. I was terribly frusrated! Tak mungkin hati ini mempercaya lagi. Bukan kali pertama. Dan bukan aku tidak pernah memberi peluang. Sudah sering bahkan. Cukuplah.

Jika dalam hidup ini aku perlu memikirkan tentang pandangan dan kata-kata orang lain sahaja, siapa nanti yang akan memikirkan tentang hati dan perasaanku ini? Siapa nanti yang akan ada untuk berkongsi suka dan duka aku? Apa guna aku menjaga hati dan perasaan orang lain kalau sudahnya aku yang menderita.

Aku akan bersabar dengan kesabaran yang baik. Selagi mampu. Apa guna di kenang-kenang pada orang yang tak menghargai segala pengorbana diri. 

Akhirnya, aku yang terluka.


No comments:

Post a Comment