Friday, 16 November 2012
Memalukan sahaja
Ya Allah! Malu! Malu! Malunye!!!
Nak nangis sebab malu sangat sangat ni. Err...
Kenape boleh jadi macam ni? Tak suke! Tak suke!
Nasib baik la kau bagitau tentang group tu. Kalau tidak alamat sampai ke sudah pun aku tak tau. Ei. Malu gile ni weh. Sampai tak tau da nak cakap macamana.
Yaks! Yaks!
Mana la aku tau group tu untuk 'lelake' sahaja. Ei. Gatal sangat tangan pergi tekan 'join' tu kenape! Kau ni tangan! lain kali jgn buat lagi! Ei! Janji!
Okey. Tak buat lagi. :-(
Memang tak senang duduk aku lepas kau bagitau pasal group tu. Gelisah gile. Dah macam orang tak betul jadinye. Bila aku bercerita, tak habis habis hasanah dan Muna ni ketawakan aku. Meraung jugalah aku satu rumah.
Ya Rabbi. Kau jela yang faham.
Sebab nak cover malu ni aku pura-pura la tanya. Nak juga aku tahu ape je la yang di isukan dalam group 'lelake' tu?
agaknye macam ni tak?
"Kawan-kawan yang dihormati, ade gadis melayu request ke group kite la. Amacam? nak approve ke tak?"
Weh. Sumpah. Malu!
Rase nak deactive facebook secara tibe-tibe.
Tapi. Aku kene matang di sini. Kalau aku deactive nanti susahlah aku nak berhubung dengan kawan-kawan aku. Mengetahui info-info permata, keadaan di malaysia, usrah, study group dan aktiviti-aktiviti seumpamanya. Korang ingat senang ke nak kumpul balik kawan-kawan korang kalau create account baru?
Jangan mimpilah. dengan group yang telah aku huni beberapa tahun lalu.
Serius susah lagi menyusahkan.
Maka apakah tindakan sewajarnya?
Keep silent.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment