Friday, 9 November 2012

Hidup mesti terus dan kenangan perlu dilepaskan


Hari ini hari jumaat. Aku cuti. Semalam hari paper terakhirku. Parah kurasakan. Masakan tidak. Soalan yang buat aku sangat tidak mampu menulis. Aduhai.'Arudh wal qafiah. 

Hidup mesti terus dan kenangan perlu dilepaskan. Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Aku perlu perhatian dengan semua madah-madahku terutama sekali Nusus Jahili. Hingga sekarang aku belum tahu tentang apa muallaqat Imru' Al Qais itu sebenarnya. mahu jadi apa diri ini?

Keberuntungan yang orang lain miliki tidak diuntungi oleh diri ini. Jangan mengalah. Itulah bukti bahawa aku mesti terus tabah. 

Kalau mahu beroleh banyak. Maka harus berbuat banyak. Duduk sahaja bersenang lenang manakan dapat hasilnya. 

Tapi... 

Kerana terlalu banyak yang menunggu untuk disiapkan, aku jadi tiada semangat untuk melunaskan semua. Banyak. Banyak yang hinggakan aku tidak tahu mana yang patut aku dahulukan. 

Besar cabaran. Hebat dugaan. Kesabaran sahaja yang masih kurang. Justeru buat aku sering merungut. membebel sendirian. Mujur ada 'laman bisu' ini menjadi tempat aku meluah rasa.

Bukan aku tiada teman bicara, bukan aku tiada ibu bapa, bukan aku tanpa sanak saudara. Cuma aku lebih selasa dengan cara ini. Ibarat berbicara seorang diri. Allah adalah pergantunagn paling utama. Aku tahu. Kalau aku tak mengadu padaNYA sekalipun, Dia sudah sedia maklum akan perihalku. Malah Dia jugalah penentu atas apa sahaja yang berlaku padaku. Benar bukan?

Menurut aku, biarlah kisah hidupku tertanam di kerak sejarah ini. Biar nanti jadi tatapan anak cucu. Biar mereka jadi tegar harungi hidup setelah menghirup mehnah ujian yang di lalui oleh 'nenek cantik' mereka ini. 
(perasan!)

Oleh kerana aku telah dipenatkan dengan imtihan yang silih berganti, maka aku telah merehatkan diri dengan sebenar-benar rehat semalam dan pagi ini. Aku lunaskan kain baju. Aku bertukang menjahit seketika. Membaik pulih mana yang perlu. Aku menonton sepuas hati. 

Maka sekarang aku akan memulakan tugas utama. Wajibat Nusus Istishro'. Ada takrir 4 orang pengarang kitab. Perlu dihantar pada hari AHAD bersamaan 11 nov 2012. 

Aku menaip sesuatu buat tatapan kalian. Meskipun aku sibuk. Aku perlu meruah rasa. Di sini pun jadilah. 

Sepatutnya aku bersama kumpulan UniSZA jaulah ke Aqabah samada hari ini atau esok. Tetapi oleh sebab-sebab tertentu jaulah terpaksa ditunda. Dan aku tidak keberatan sedikit pun. Malah senang hati jugala dengan penundaan tersebut. Rancanganku mahu habiskan masa di kamar sendiri. santai bersama buku dan nota. Moga ada manfaatnya. 

Jumpa lagi. Sekian,  


No comments:

Post a Comment