skip to main |
skip to sidebar
Jangan cinta dunia!
Biar aku tak seperti mereka.
Biar aku biasa biasa.
Biar aku tiada apa.
Asalkan di hatiku punya rahsia.
Jika masa silamku penuh dosa.
Jika masa silamku jauh dengan Dia.
Aku yakin, tiap pendosa masih punya kesempatan dan masa.
Selagi pintu taubat-Nya masih Dia buka.
Hingga satu ketika.
Tiada lagi rasa mahukan dunia.
Tiada lagi rasa cintakan harta.
Bila Dia sudah jadi yang pertama.
Perjalanan ini benar payah.
Pasti, kerana begitu lumrahnya hidup kerana Allah.
Jika tidak,
Masakan Khalid yang kaya menjadi papa harta.
Masakan Uthman habeskan harta atas jalan agama.
Masakan Abu Bakar berkorban semua untuk nabi tercinta.
Masakan Umar dijanji syurga secara percuma?
Tidak. Bukan semudah itu menjadi tentera Allah.
Semuanya kerana cinta. Cintakan Allah.
Seandainya semua tahu.
Indahnya hidup bertuhankan-Mu.
Pasti mereka akan segera berlari dalam pelukan-Mu.
Pasti mereka sekadar menggenggam dunia tanpa mencintainya.
Allah.
Dunia sudah tiba ke pengakhiran.
Jangan pernah lepaskan genggaman tangan. :)
No comments:
Post a Comment