Suasana malam tadi sejuk metah. bersuhu 2 darjah celcius. Hujan batu di luar masih belum menunjukkan tanda-tanda akan reda. Kesejukan membalut seluruh tulang temulang. Kuasa sobah tak mampu memanaskan kegusaran kami yang masing-masing takut dengan imtihan esok hari.
Jam 11.00 malam kami berhenti menelaah. Penat. Aku membuka mulut untuk bercerita "hantu-hantu" kepada semua. Sengaja mencari jalan supaya tidak bosan. Ku ungkit kisah-kisah masa lalu yang pernah diceritakn emak dan abang Mi suatu masa dulu. Ah! Aku jadi sangat kangen pada mereka. Kalau dulu, biasanya selepas makan malam, kami anak-beranak kecuali abah akan duduk bersembang-sembang pasal cerita hantu, ataupun apa-apa cerita yang menyeramkan.
Sebelum tidur, kami berteka-teki. Banyak merapu.
Satu persatu aku suarakan. Dan kisah yang paling buat mereka terganggu bila aku cerita tentang seorang pelajar sekolah Taayah yang dikelar oleh seorang penceroboh. Masing-masing menjerit. Barangkali mereka faham situasi pelajar itu.
Tiba-tiba Muna menjerit. Katanya ada berita dari pihak universiti.
"Peperiksaan pada esok hari bertarikh 9-1-2013 ditunda sehingga selepas 15-1-2013."
Maknanya peperiksaan akan bermula semula selepas 16-1-2013. Dapat aku bayangkan kalau emak dan abah ada. Kalau kakak dan abang Mi ada. Kalau abang Ji dan kak Maria ada. Kalau abang Sham ada. Kalaulah semua saudara-maraku ada... Akulah insan bertuah itu... Meraikan anugerah indah ini bersama mereka...
Banyak betul komen-komen, semua tak mahu tunda. Aku pun tak mahu. Aku cuma mahu bebas dengan kadar paling segera. Sudah malas menelaah. Aduhai.
Pagi ini jam 6.30 pagi aku tersedar. Bangun dan berkira-kira untuk wudhuk. Sejuk. Cuaca pagi ini seolah-olah berada di Eropah.
Selepas wudhuk aku menjerit-jerit membangunkan semua orang sambil membuka tingkap. Aku menjerit besar! Dataran bumi Mu'tah diputihkan dengan salji yang sedang turun. Aku sangat teruja. Teruja sekali. Tak sabar rasanya nak buat snow man dengan semua. Jom kawan-kawan...
| Gambar dari tingkap rumah je ni. Belum main betul-betul lagi. |
No comments:
Post a Comment