Assalamualaikum.
Selepas 18 jam tak ade kahroba' (elektrik), akhirnya jam 11 pagi ini baru elektrik berkeadaan bagus. Alhamdulillah. Dapatlah aku dan kawan-kawan online. Berita pasal imtihan dan tarikh terbaru imtihan sangat penting sebagai persiapan bersedia. Bila tak ada kahroba' semua jadi cacar merba. Huru hara!
Oleh kerana semalam adalah hari pertama ketibaan salji tahun ini, maka aku dan teman-teman serumah telah meraikannya dengan semangat yang membara walaupun suasana sejuk yang sangat sangatlah memberatkan badan untuk bergerak. Semua jadi serba lembab. Sejuk sangat sangat. Asap berkepul-kepul keluar dari nafas. Seolah-olah berada di Eropah.
Mula-mula sekali kami main di atas sutuh (bumbung). Banyak salji. Masa nilah nak memperagakan winter coat. Kasut winter... Dan semua barang-barang winterlah! Saat yang ditunggu-tunggu! Jom.
Tengahari sikit, aku ikut Muna dan Aiman Awanis pergi kedai beli barang masak. Main salji tengah jalan. Ada traktor yang tolak salji yang berkumpul atas jalan. Memudahkan kereta lain nak lalu lalang.
Cadangnya kami nak bergambar di jami'ah. Tapi sebab terlalu sejuk, tak sanggup nak jalan kaki jauh-jauh sampai ke jami'ah. Pemandangan kalau di Mu'tah ni, kawasan jami'ahlah yang paling cantik. Tapi time salji macam ni tak tau ade koster ke tak. Hmm... Cancel jelah.
Dan kami main kali kedua di atas sutuh sekali lagi. Akulah yang paling beria-ia. Kami buat snowman. Teringin. Tapi. Allahu Rabbi. Sejuk sangat-sangat! Tak termampu nak mengepul ngepulkan ais. Kebas dan sangat kebas seluruh jari jemari walaupun aku sudah bersarung tangan kain dan sarung tangan plastik. Bersuhu 2 darjah celcius! Memang yelah kan! Hm.
Hasil permainan kami hari pertama.
| keadaan di atas sutuh (bumbung). penuh dengan tangki dan piring astro. |
Internet sangat slow. Proses menaip dan menguplod gambar pun sangatlah slow. Cukup dulu. Salji hari kedua lagi tebal. Tapi kami tidak bermain lagi. Tak mampu keluar. Tak sanggup. Cancel main perang-perang.
Jumpa lagi!





No comments:
Post a Comment