Saturday, 8 June 2013

Esok start kelas!

Assalamualaikum people! 

Alhamdulillah. Guess what? Hari ni hari terakhir cuti saya. Yes seminggu berlalu macam tu saja. Saya tak bejalan mana-mana melainkan Karak. Temankan kak Ain dan kak Umai beli barang untuk bawak balik Malaysia. Kali kedua sebab ada daurah. Selebihnya lepak makan-makan kat rumah kak Ain je. Ada la sikit buat masak-masak untuk BEK (biro ekonomi dan keusahawanan).

Betul ke esok start kelas? Serius tak percaya. Cuma berbaki beberapa jam je lagi. Kejapnya. 

Pagi tadi call mak abah. 

"Mak, esok dah start kelas..."

"Ha. belajaq la sungguh-sungguh. Keputusan dah dapat ka?"

"Dah..."

"Dekan dak?"

"Dak. hahaha. Tapi result tim naik."

"Berapa?"

"Dulu enam puluh lebih, sekarang tujuh puluh..."

"Bagi la dapat seratuih." 

"Mak...!!!" (menjerit kecil saya)

"Seratuih?!!!!" 

Mu'tah bukan Unisza, dekan setiap sem memang tak la. Mana ada dokter ngajar translate ke bahasa melayu. Full arab. Tak kira loghat yang dia guna lagi. 

"Seratus memang tak la."

Teringat pujuk rayu sebelum sampai sini. Sebelum terbang melintasi benua. Janji macam-macam kat mak abah. Kata-kata tu lebih manis lagi daripada gula. Bila dah betul sampai sini, apa jadi?

"Mak, abah. I'm sorry..."

"I'm not going to dissappoint you. I'm really trying..."

Bilamana kita berdiri sebagai insan bernama manusia, iman kita sama dengan yazid wa yanqus. 

Siang tadi dia ingatkan saya. 

Dan ingatlah, ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul engkau Tuhan kami), kami bersaksi, (Kami lakukan yang demikian itu agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini." 

(7:172)

Di alam rahim lagi kita telah mengikat janji dengan Tuhan kita. Kita mengaku Dialah Allah. Dan perjanjian itu adalah supaya kita tak lengah dan leka dengan kehidupan kita sehari hari. 

Ingat balik matlamat hidup kita. 

Macam tulah juga janji-janji yang telah saya tabur memujuk emak dan abah supaya izinkan saya pergi menuntut ilmu di negara ini. Please ingat balik Zulaiha! 

Esok start sem baru. Musim panas. Sem pendek. Sebulan setengah je. Start 10 Jun. Final 29 Julai. Bulan puasa. Tiga madah je belajar. Setiap hari madah yang sama. Satu jam setiap madah. Mereka kata, belajar dalam musim panas ni sangat padu. Perlukan mujahadah yang besar. 

New chapter will start. 

Apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal.

(3:159)

Adakah berlalunya masa seiring berlakunya perubahan pada usaha-usaha kita? 



P/S : Allah tak marah kalau kita tak pandai. Tapi Allah marah kalau kita tak usaha. 

sekian. 

No comments:

Post a Comment