Saturday, 22 June 2013

Kau pergi dulu

Assalamualaikum people! 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Pada 13 Jun, kami akhawat Jordan telah menerima kedatangan 2 orang akhawat UK, Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan (pelajar tahun akhir Sains Aktuari, London Economy of School, penggerak di London) dan Sumaiyah Binti Romli (pelajar tahun 1, Astrofizik, University College London, adik yang baru menyertai gerabak dakwah dan tarbiyah Sept 2012 dan sangat konsisten dalam DnT (dakwah dan tarbiyah) dalam rangka berjaulah selama 12 hari ke sini atas hadaf ingin menziarah akhawat, mencari ibrah di bumi anbiya' dan berukhuwah sesama ahli dan akhwat jordan. 

Pada awalnya, jaulah ke tempat bersejarah yang berhampiran dengan Irbid telah diuruskan oleh akhawat. Kemudian pada 20hb dan seterusnya, seperti dirancang, jaulah akan diteruskan ke kawasan selatan jordan yang jaraknya 6-7 jam daripada Irbid menyebabkan akhawat meminta khidmat pelajar Melayu yang sudah biasa menjadi ejen pelancong. 

Ahli jaulah mereka seramai 9 orang, dua buah kereta. Dua orang akhawat UK bersama 3 lagi pelajar Jordan, seorang pemandu lelaki (pelajar Universiti Yarmouk) dan sepasang suami isteri juga kedua-duanya pelajar Universiti Yarmouk yang mana isterinya mengandung 7 bulan setengah. Manakala kereta lagi satu dinaiki oleh seorang pelajar perempuan Yarmouk, seorang pelajar Mafraq dan ibu bapa pelajar tersebut. 

Pada petang 21 Jun sekitar jam 4-5 petang, kereta yang dinaiki oleh akhawat UK terbabas ke dalam gaung ketika dalam perjalanan daripada Petra ke Aqabah. Dua orang pelajar iaitu Nazirul dan Sumaiyah telah tercampak keluar kereta. Manakala sebuah lagi kereta dalam keadaan selamat dan telah hampir sampai di Aqabah, namun berpatah balik apabila mengetahui tentang kemalangan tersebut. 

Semua mangsa yang terlibat di bawa ke Hospital Malikah Rania Petra. Setelah sampai di emergency Department, Arwah Sumaiyah masih hidup dan sempat mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa minit setelah tiba di hospital. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. 

Jenazah dalam keadaan yang baik dan sangat tenang alhamdulillah. Jenazah sedang diuruskan oleh pihak Education Malaysian Jordan, Prof Azidan untuk dihantar pulang ke Malaysia. Update terkini tentang waktu penerbangan belum diketahui. 


Manakala ukhti Ili Dayana patah tulang bahu, tulang rusuk dan tulang pinggang. Ukhti tersebut dalam keadaan stabil dan sudah sedar. Doktor Nidhal (doktor yang bertanggungjawab) mengatakan bahawa tulangnya akan pulih dan bercantum semula secara spontan selama 3-4 minggu dengan pergerakan yang paling minimum. 

Ukhti Ili Diyana akan dipindahlan ke Hospital Amman untuk rawatan lanjut dan consultion. 

Pemandu cedera parah (retak di kepala - linear skull fracture, patah tulang bahu dan patah tulang rusuk - multiple rib fractures, masih di ICU kritikal). Nazirul patah tulang kaki dan tangan (dah sedar boleh cakap, namun memerlukan surgery di tangan dan kakinya di Hospital Amman), Humairak isteri Nazirul keguguran kandungan berusia 8 bulan. 

Details akhawat seperti berikut : 

1) Sumaiyah Binti Romli (meninggal dunia)
    Universiti Kolej London.
    Tahun 1.
    Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    Pengkhususan : Astronomi Fizik. 
    Asal : Kedah. 

2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan  (cedera)
    London School of Economy.
    Tahun 4. 
    Pengkhususan : Sains Aktuari. 
    Tajaan : Bank Negara. 
    Asal : Perak.

Ukhti Sumaiyah adalah akhawat yang baru ingin mengenal dunia dakwah da tarbiyah, ukhti yang kosisten dengan pogram-pogram DnT di UK. Namun ketetapan Allah telah mendahului. Seorang nisak untuk ummah ini telah pergi. 

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya." 

(33:23)

Kubur anak Nazirul Nasrudin dan Humaira' seberat 1.8 kg di Petra, Jordan.  Semoga roh beliau dicucuri rahmat. al fatihah
Ukhti, 
tidak sangka ukhti dijemput terlebih dahulu dari kami, 
belum sempat kita bertemu di sini. 

Ukhti, 
perginya ukhti ketika berada dalam gerabak DnT,
masih baru dalam gerabak ini, 
jalan mulia ini menjadi pilihanmu. 
sanggup berjaulah ke Jordan dari UK
semata -mata untuk menyelami sirah di bumi Kinanah ini. 
mungkin penghijrahanmu ini penghijrahan yang ikhlas.
beruntungnya mu wahai ukhti ! 

Ukhti, 
semoga ukhti tenang di sana
moga berbahagia di sana
selamat beristirehat di sana ! 
moga Syahadatul Haq mu menjadi saksi di hadapanNya

Moga kerehatanmu di sana menyedarkan kami bahawa masa rehat kami di sini sudah berlalu.

Ukhti Ili dan sahabat-sahabat yang lain, moga kalian terus kuat, sabar dan tabah dengan ujian yang menimpa kalian. 

Allahumma ballighna ila Ramadhan

Sekian. 

2 comments: