Assalamualaikum people!
Apa khabar iman anda hari ini?
Saya baik-baik saja. Iman saya... Er. Tak sure.
Saya cuma nak bagitau sesuatu. Dalam kehidupan kau orang semua selama ni berapa banyak kau orang betul-betul bergantung pada Allah sepenuhnya?
90 per 100?
70 per 100?
50 per 100?
Atau... Lebih sedikit dari itu?
Saya rasa... Betul apa yang dia bagitau saya bahawa dalam hidup ni kita sebenarnya terlalu banyak bergantung kepada manusia berbanding Allah Rabbul Jalil.
Come on la wei. Bila kau rasa dia dah tak sayang kau, kau tak boleh hidup. Tak boleh buat itu ini. Dunia kau tiba-tiba gelap. Apa ni?
Selama ni dia ke yang bagi kau keceriaan tu? Kebahagiaan yang kau kecapi dari hari ke hari tu milik dia ke? Jangan kau kata kasih sayang manusia pada kau lebih luas daripada kasih sayang Allah!
Satu perkara kau kena tahu. Semat baik-baik dalam hati, jantung, limpa kau bahawa kalau seluruh makhluk dalam dunia bencikan kau sekalipun, Allah masih sayang kaulah! Don't worry be happy okay!
Kau peduli apa dengan kasih-sayang manusia yang sangat terbatas tu! Sedangkan kasih-sayang Allah tu sangat luas!
Kau tagih sangat kasih-sayang manusia tu sebab apa? Sedangkan dia boleh berkasih-sayang pun kerana Allah yang beri izin dia berbuat demikian. Hati dia pun Allah yang control la!
So please. Saya nasihatkan diri saya supaya tak payahlah gedik-gedik sedih kononnya tak ada sesiapa pedulikan saya. Sayunya hati kerana tak ada orang sayangkan saya. Kerdilnya diri kerana tak siapa pun ambil berat soal saya hari demi hari.
Hei! Stop berdrama di sini. Menyampahlah!
"Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-NYA.
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-KU,
Dan masuklah ke dalam syurga-KU."
Surah al-fajr 27-30
Sekian.
Sunday, 16 June 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
hai.. salam kenal,
ReplyDeletefollower no.181
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog