Thursday, 27 June 2013

Talipon saya rosak

Assalamualaikum people! 

Dua minggu yang lalu talipon tangan saya rosak. Dua hari saya pi jami'ah tak bawak talipon. Takdak masalah pon sebab memang saya tak guna mana talipon saya. Jadi kerosakan 'beliau' tak terlalu memberi effect pada saya. 

Saya rasa talipon saya sebenarnya tak rosak, yang rosak cuma bateri 'beliau' sahaja. Tiga empat hari sebelum 'beliau' meninggal, 'beliau' dah tunjukkan beberapa tanda. Terpadam dengan tiba-tiba. Kalau tengah view photo, dari bateri penuh tiba-tiba terus kiok! Huh! 

Nampak tak tanda-tanda yang 'beliau' tunjukkan sebelum berpergian? 

Dan satu pagi bangun dari tidur, saya dapati 'beliau' telah terpadam. Saya cas dan tinggalkan untuk ke jami'ah. Saya balik tengahari cuba on tetap tak boleh. 

Dan saya dapati bateri 'beliau' yang dahulunya flat kini mengandung dengan tiba-tiba. 

Seminggu kawan saya pinjamkan talipon dia. 

Dan akhirnya saya bagitau abah, saya cancelkan niat untuk beli kamera yang saya pendam sejak tahun satu, abah izinkan saya beli kamera sebab abah yang tak bagi saya bawak kamera abah. Padahal abah bukan guna sangat di rumah. 

Tapi saya tak beli beli pun sampai sekarang sebab yang saya jumpa semua tak berkenan di hati. Saya cari kamera macam DSLR. Wau! Tapi harga macam kamera sony sahaja. Sebab tu sampai sekarang saya tak jumpa. Mana ada! 

Abah bagi saya beli talipon lepas saya mengadu talipon saya rosak. Abah kata,

"Beli yang harga 50 atau 60 ringgit."

"Abahhh!!"
"Takmau talipon 50 ringgit. Nak yang ada kamera cantik. Seribu la..."

Saya pujuk mak mintak nak beli note 11 tapi mak kata mahai sangat. 

"Tak payah la mahai sangat. Nanti nak pakai banyak lagi duit."

"Baiklah..." 


welcome talipon baru! ;)

Sekian. 

3 comments:

  1. Salam, hanphone saya pon penah jadi mcm tu. bateri kembung. cuma kena tukar bateri je. kalau yang tak ori dalam rm 35, kalau ori kena tempah dlm rm100. Alhamdulillah lepas tukar bateri dah okay :)

    cuma lepas ni kena jaga lbih. jangan over charge & jgn guna masa charge. sorry terkomen panjang :D

    ReplyDelete
  2. salam , whoa s3 takan cepat rosak.?
    bateri je kiok. ade warranty tak ?

    ReplyDelete
  3. beruntungnya dia boleh dapat telefon canggih macam tu..akk pkai pun seadanya.. =) jnji ada..dan dapat berhubung.. =)

    ReplyDelete