Assalamualaikum people!
Bismillahirrahmanirrahim. Post ini saya tulis selepas selesai kelas hari ini. Satu kelas dari jam 9.00 a.m-10.00 a.m. Kelas pertama minggu ini, semester ini. Ahlan wasahlan adik-adik baru dan selamat kembali kepada yang bercuti di tanah air.
Moga-moga semangat kita untuk ke kelas setiap hari sama seperti hari hari pada minggu pertama pengajian bermula. Kuat, jitu dan padu untuk terus tegar menjadi penuntut ilmu.
Kata murabbi saya, "Kita akan mati dengan cara bagaimana kita hidup. Kalau hidup kita suka kereta, sepanjang masa dihabiskan dengan kereta, tukar ganti kereta, lumba kereta, boleh jadi kita mati dengan kereta kita, samada accident atau sebagainya. Kalau dalam hidup kita, suka gula, makan makanan bergula setiap masa boleh jadi kita mati kerana sakit kencing manis. Na'uzubillahi min dzalik. Tapi kalau dalam hidup kita selalu baca al-quran, setiapa masa pegang al-quran, boleh jadi kita mati dalam keadaan sedang mengalunkan ayat-ayat kalimat kalimat suci al-quran. Kalau hidup kita sibuk berdakwah, boleh jadi kita mati dalam keadaan sedang menyampaikan dakwah dan kebenaraan risalah-risalah berkait agama."
"Andai kita sedang berpesta yang enak-enak, sedang lupa diri, sedang mengetepikan perintah Ilahi, tiba-tiba nafas kita berhenti. Lalu bagaimana nasib kita nanti?"
Begitulah yang diingatkan oleh murabbi saya bahawa kita akan mati sebagaimana kita hidup. Jadi, pilihlah hidup yang menghidupkan jiwa, agar mati kita nanti, sebenarnya 'hidup' di sisi Tuhan.
Di dalam syurga nanti, penghuni-penghuni syurga di tingkat satu akan cemburu dengan penghuni-penghuni syurga di tingkat dua. Begitu seterusnya penghuni-penghuni di tingkat dua akan mencemburui penghuni-penghuni syurga di tingkat tiga. Begitulah seterusnya hinggalah kepada tingkat syurga yang paling tinggi. Maka kita kena persiapkan diri dengan perkara-perkara soleh agar amalan-amalan yang kita lakukan akan melayakkan kita untuk berada di syurga peringkat paling tinggi. Jom.
Perbanyakkan solat sunat. Antara solat sunat yang disarankan ialah solat dhuha. Rasulullah s.a.w tidak pernah meniggalkan solat sunat dhuha melainkan sekali. Itupun untuk memberitahu bahawa solat dhuha adalah solat sunat dan bukan wajib.Murabbi saya pernah kata sewaktu saya mengadu adakala saya merasa enggan untuk solat sunat selepas zuhur bila datang rasa malas, atau penat atau memikirkan ada kerja-kerja lain untuk dilunaskan.
Lalu dia jawab, "Solat sunat yang paling saya sayang nak tinggal adalah solat sunat sebelum subuh sebab ganjarannya lebih baik daripada bumi dan seisinya. MasyaAllah. Tak nak ke?"
Diriwayatkan oleh Sayyidah Aisyah R.A, beliau berkata: "Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah s.a.w selain solat sunat sebelum subuh". HR Al-Bukhari
"Kadangkala memang kita rasa penat, letih, malas nak solat sunat. Tapi kita kena paksa juga diri kita untuk buat, buat buat buatttttt. Sebab kita tak tahu amalan baik mana satu yang akan Allah terima dari kita. Mana tahu dari solat sunat selepas zuhur tu yang Allah nak terima dan dengar doa kita?" Dia tambah.
Kini, saya pun sedang bermujahadah memperbaiki amalan-amalan sunat saya. Mengaku cintakan Rasulullah, amalan sunat Baginda enggan laksanakan? Tak malu?
"Andai Rasulullah ada di sebelah kita? Nak bagitahu kebaikan apa yang kita dah buat supaya Baginda bangga punyai ummat seperti kita? Atau cuma diamkan diri tersipu-sipu malu sebab tak ada amalan sunat Baginda yang kita warisi?"
Menulis di blog juga dikira ibadah. Asal saja yang kita tulis adalah hikmah yang boleh dijadikan sandaran. Jika kalian tidak membacanya, sampaikanlah kepada orang lain yang mahu mengambil hikmahnya, mencedok pengalaman, mengutip manfaat dan mengislah diri. Kerana setiap manusia berbeza cara memperoleh hikmahnya. Paling tidak sebelum saya 'pergi', saya ingin meninggalkaan kebaikan dari tulisan-tulisan saya.
Sekian.

No comments:
Post a Comment