Assalamualaikum people!
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ni murabbi saya yang baru balik dari Malaysia tidur di rumah saya. Lama menanti. Sebenarnya dia dah sampai Jordan lebih kurang seminggu, tapi sangat bizi dengan kerja kerja dakwah dan tarbiah. Hari pertama ketibaan dia di Jordan di sambut oleh kami para akhawat yang berjaulah di Irbid. Dalam perjalanan, kami langsung jemput dia dan bawa balik Mutah. Rindu.
Dialah murabbi saya yang paling lama dengan saya setakat ini. Kalau nak dihitung usaha dia dalam bentuk saya sampai saya boleh thabat pada kedudukan saya sekarang adalah usaha keras dia yang tak pernah jemu untuk df (dakwah fardi) saya.
Masa dia balik Malaysia, saya dititipkan pada murabbi lain. Alhamdulillah semua lancar dan rasa tarbiah saya makin berisi. Syukur Allah sampaikan hidayah pada sapa sapa saja yang dia kehendaki. Sepanjang keberadaan murabbi saya di Malaysia, kami still keep in touch dalam wasep. Saling mengingatkan tujuan hidup dan saling menguatkan.
Dan keberadaan dia di rumah saya hari ini tak lain tak bukan untuk meningkatkan iman dan memperkukuh ukhuwah pada jalan ini. Di samping menunaikan hak sesama muslim. Ini bukan kali pertama dia bermalam di rumah saya, bahkan beberapa kali jugala sebelum ini. Malah malam yang paling tidak dapat saya lupakan waktu dia ajak tengok filem "Sang Murabbi", filem indonesia. Filem yang menceritakan tentang perjalanan dakwah seorang murabbi tersohor. Akhir cerita, dia tanya pendapat saya tentang kerja dakwah dan paling saya kaku, waktu dia lamar saya untuk jadi murabbi.
Katanya, "Kita berpegang pada islah nafsak wad'u ghairak, bukan?" (Baiki diri sendiri dan orang lain). Mulanya saya enggan kerana merasa diri masih kurus dengan ilmu-ilmu dakwah sebenarnya, rasa mutabaah amal masih rompong sana sini.
Lalu dia jawab, "Kalimah wad'u di situ membawa maksud 'dan' bukan kemuadian. Sampai bila enti nak diberi sahaja? Kita kena saling menerima dan saling memberi." Katanya. Aku terpempan.
"Menjadi murabbi tidak bersyarat cukup ilmu." Dia tambah. "Masalah mutabaah amal masih boleh dibaiki hari demi hari. Percayalah ini adalah wasilah yang Allah beri pada enti untuk lebih kukuh pada jalan ini. Kita penyambung dakwah Baginda, Sunnah terbesar."
"Ana beri enti tempoh berfikir." Aku masih terkebil-kebil.
Sepanjang peninggalannya kerana pulang ke Malaysia, aku banyak juga bermu'ayashah dengan murabbi gantiku tentang perihal dan persediaan menjadi murabbi. Banyak pesanan dan kalam taujihat yang mampu buat aku rasa makin 'hidup' dalam dunia ini. Aku dihadapkan dengan banyak buku-buku dakwah untuk dibaca.
Saya syorkan buku ini, "Bagaimana menyentuh hati" oleh Abbas As-Siisiy. Sebuah buku bahasa arab yang telah diterjemahkan ke bahasa melayu. Sumpah saya mendapatkan maklumat yang sangat banyak mengenai seorang murabbi iaitu Imam Hasan Al-Banna. Ketua umum Ikhwanul Muslimin. Selamat membaca. Dan Sekarang saya meneruskan bacaan, "Dalam Dakapan Ukhuwah" oleh Salim A Fillah.
Dalam buku-buku seperti ini kalian akan menemukan banyak metod-metod dakwah. Cubalah. Tambah thaqofah (pengetahuan). Moga-moga kita menjadi orang yang bukan sekadar faqeh malah faquhu (arif semua perkara).
Dan murabbi saya ada hadiahkan satu buku bahasa arab, tajuk dia "Ibda' binafsik" (Mulakaan dengan dirimu sendiri). Syukran jazilan murabbi. Ana sayang enti! Kerana dakwah kita bertemu. Yes, keberadaan dia buat saya rasa semakin 'hidup' dalam dakwah ni. Saya kembalikan semua kepada Allah yang menghadirkan semua rasa ini, dan keterlibatan saya pada jalan ini adalah kerana kehendak Allah dan tidak yang lain.
Malangnya, murabbi saya terpaksa pulang ke rumahnya hari ini kerana esok akan ada agenda seterusnya awal pagi. Saya akan terlibat sama. Mudah-mudahan semua dipermudahkan Allah. Sepatutnya dia tetap semalam lagi di sini tapi apakan daya, Tuhan merancang sesuatu yang jauh lebih istimewa. Bukan main rasa bersalah dia sebab terpaksa minta diri.
Tuhan, ku ingin terus membesar dalam jalan dakwah dan tarbiah ini. saya bersyukur dihantar ke sini dan saya ingin pulang bukan dengan tangan kosong, tapi 'berisi'. Saya ingin hidup dalam dakwah. 'Dakwah adalah hidupku. Menjadi daie adalah cita-citaku!'
Sekian.
No comments:
Post a Comment