8.55 a.m
Assalamualaikum wbt.
Post yang aku mahu ringkas-ringkas sahaja kali ini. Aku suka yang simple dan tidak berserabut. Tidak yang katun-katun. Tidak yang animasi bergerak dan tidak memualkan mata memandang. Itu menurut aku. Bukan menurut kalian. Apa yang kalian suka terserah kalian dan apa yang aku suka terserah aku.
Masih juga tak ada apa yang menarik. Tapi memandangkan hari ini 27 Disember, aku mahu menulis sesuatu.
Semalam, aku keluar jam 9.30 pagi untuk ke jami'ah melunaskan rusum yang tertangguh. Sebenarnya aku sudah datang untuk menjelaskan pada hari isnin. Tapi pegawai tu mintak aku datang semula pada hari rabu. Sengaja mahu jumpa aku banyak kali! Macamlah aku tak ada kerja lain. Haiya!
Kali ini aku bawa buku nusus jahili dan cadangya aku mahu menelaah di maktabah hingga petang menjelang. Siap melunaskan rusum, aku dan kak Atikah makan di dewan masrah sekejap. Buat alas perut kerana aku nanti tidak pulang makan tengah hari di rumah. Aku paling suka zinger. Ayamnya yang rangup selalu buat aku ketagih.
Teringat kata Ainon.
"Insan yang cemerlang datangnya dari hati yang tenang, jiwa yang lapang, perut yang kenyang!"
Aiwah!
Lepas makan, aku ke maktabah. Kak Atikah balik. Gilirannya memasak hari ini. Okey. Tak apa. Aku bersendirian pun tak apa. Hari ini ada haflah khirij (sambutan graduasi) yang diraikan oleh pelajar-pelajar arab. Bising. Mereka berjoget sambil menyanyi-nyanyi macam lagu nasyid pun ada. Entahlah. Nasyid orang arab pun aku tak dapat beza dengan lagu biasa. Menjulang-julang kawan-kawan yang khirij. Bangga barangkali. Tembakan mercun pun turut menjulang ke udara. Asyiiik sekali!
Kira-kira dua jam di maktabah, azan zohor berkumandang.
"Aku mahu solat di mana ya?"
Musolla kuliah syariah terlalu jauh menurutku. Kemudian aku bertanya kepada seorang banat 'arabi yang kebetulan berdiri di depan meja aku berada.
"Lau samah. Fi musolla hon?"
Aku bertanya kepadanya dengan bahasa arab 'ammi yang maksudnya lebih kurang begini. "Tumpang tanya, kat sini ade musolla tak?"
Dijawab dengan panjang lebar seolah-olah dia sedang menerang sesuatu pelajaran kepadaku. Aku faham yang dia katakan musolla tak ada di dalam library dan dia tunjukkan aku jalan dengan isyarat tangannya sekali untuk membelok arah mana dan arah mana. Aku membulatkan mata sambil kaku mendegar suaranya yang nyaring dan kuat. Seperti seorang guru. Aku cuma mengangguk-angguk kepala.
Kemudian dia susun semua buku-buku aku masuk ke dalam beg. Aku jadi serba salah. Tak mungkin aku tinggalkan beg aku di sini untuk solat di luar. Rupanya dia mahu aku ikut dia dan pergi solat bersama. Wah baiknya dia.
Dalam perjalan ke musolla, kami berkenalan. Namanya Hanim. Cantik. Berumur 27 tahun. Pelajar tahun dua master. Macam-macam dia ceritakan pada aku tapi tidak semua aku fahami. Dengan bangganya aku katakan pada dia bahawa aku ini sanfurah (budak hingusan / pelajar tahun satu) dengan harapan dia faham kenapa aku tidak fasih berbahasa arab seperti dia.
Sampai di musolla aku cari toilet. Tak ada. Melilau. Dia sedang sibuk berbual dengan temannya yang lain. Aku pun keluar sendirian mencari toilet. Kemudian dia menjerit memanggil aku.
"Zulaiha...!"
Aku menoleh ke belakang, dan katakan...
"Biddi toilet. Ma fi wudhu'..."
Untung dia faham. Dia bawakan aku ke toilet. Tingkat atas sekali. Dia pegangkan semua barang-barangku semasa aku berwuduk. satu-persatu. Sangat comel waktu itu! haha. Dia keluarkan sebungkus besar plastik tisu dan hulurkan pada aku. Sweet sangat! Kawannya yang lain melihat semua aksi aku. Malu sebenarnya. Tapi biarlah.
Lepas solat kami kembali ke maktabah. Aku bertanya mungkin dia akan datang lagi esok? Katanya tidak. Sudah habis menelaah. Harus di rumah saja selepas ini. Jadinya esok aku akan keseoranganlah.
Dalam maktabah dia berkongsi roti sandwish dengan aku. Wah! Sangat baik. Sebelum dia minta diri untuk pulang, dia tanya jika ada yang tidak aku fahami untuk dia terangkan padaku. Memang ada! Besar tapak tangan nyiru aku tadahkan. Hehe.
Sejam selepas dia pergi, aku pun ambil keputusan untuk pergi. Bimbang tak ada bas untuk pulang nanti. Kali ini aku tidak turun di masjid shuhada tapi di jalan matarneih saja. Anganku mahu singgah ke rumah kak Ita berbincang sedikit tentang syair Qois Hatim. Sampai di sana, Afikah pun ada. Dia minta aku terangkan tajuk hayat jahiliyyah.
Sebelum azan magrib, aku pulang ke rumah. Bersih! Hilang penat tengok rumah berkemas begitu. Maaflah ahli bait tidak join sekali bergotong-royong. Aku dan Nani berdua saja tak ada semalam. Lain kali kita gotong-royong berjemaah ya. :)
Bagiku, biarlah jadual hidupku tidak menarik, yang aku mahu menarik adalah natihjahnya nanti! Biar jadi hadiah berharga buat orang tua.
Sudah dulu. Rutinku hari ini akan sama seperti semalam. Keluar pagi dan pulang petang.
| Kami pelajar UniSZA |
Gambar diambil waktu kami mula-mula melawat jami'ah. Berurusan dengan akademik. Aku telah mengedit gambar-gambar ini dengan meletakkan sticker pada wajah beberapa teman-temanku kerana semasa gambar ini diambil mereka belum mengenakan niqab. Segala kekurangan adalah hasil kerja aku sendiri.
selamat bermujahadah semua!
No comments:
Post a Comment