Dengan
nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.
Aku
ingin menulis sesuatu. Sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati. Tidak ada
niat mahu menghubungkaitkan sesiapa pun. Apatah lagi menjatuhkan.
Hidup
kita semua ada permulaan. Maka akan ada pengakhirannya. Pun begitu, sebelum ia
berakhir kitalah yang akan merancang perjalanan hidup kita masing-masing. Dan
aku inginkan ‘kalendar’ hidupku berhias dengan hiasan dan sulaman yang bernilai
di sisi Tuhan.
Maka.
Aku punya persepsi sendiri dalam menjalani hidup.
Benar.
Sejak akhir-akhir ini aku sering ditanyakan soal nikah kahwin. Memandangkan
akulah yang paling ‘muda’ di rumah ini. Jadi aku menjadi bahan usikan adik-adik
serumah dengan persoalan-persoalan tentang nikah kahwin. Pelajar lepasan
diploma sepertiku, menurutku bukanlah terlalu tua kalau tak nikah lagi. Cuma…
Barangkali
kerana ramai di kalangan teman-teman seusiaku sudah pun mendirikan rumahtangga,
justeru aku tidak terlepas menjadi buruan usikan mereka. Biar aku bicarakan di
sini saja. Setiap orang ada pendapat dan persepsi masing-masing dalam memandang
soal jodoh mereka.
Begitu juga aku.
Siapa
yang tidak mahu menikah?
Siapa
yang tidak mahu punya pendamping di sisi?
Siapa
yang tidak mahu hidup berkeluarga dengan pimpinan sendiri?
Aku
pun ingin menikah. Cuma…
Usia
aku sekarang masih mentah untuk aku melangkah ke gerbang perkahwinan sebenarnya. Yang paling aku yakini tentu aku akan mendapat tentangan yang hebat dari emak dan abah jika aku memilih untuk menikah di usia semuda sekarang. Tambahan pula statusku yang masih bergelar pelajar sudah tentu tidak akan berpihak kepada aku. Ada tugas utama yang perlu aku utamakan.
Meskipun menikah itu suatu yang
baik, aku tetap belum bersedia untuk menempuh hidup berumahtangga.
Sebenarnya…
Aku
belum boleh mengikhlaskan diri dengan keikhlasan kerana Allah untuk sebuah pengabdian
kepada seorang lelaki yang nanti akan bergelar suami. Semua itu adalah kerana
masih besar egoku, dan susah untuk diriku terima terutama sekali jika ia sekadar
untuk menyenangkan orang lain. Yang aku mahu adalah selalu dimanjakan dan
disenangkan. Tak ada istilah 'kemakluman' bagiku untuk diri orang lain. Sebab
itulah sangat sangat sulit untuk aku laksanakan. Tidak ada istilah 'kita' dalam
hidupku, yang ada cuma, 'kau' dan 'aku'.
Aku mahu menikah. Tapi, aku belum boleh dan belum terbiasa untuk berkongsi. Bagiku, semua milikku adalah milikku, dan menurutku orang lain pun harus berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang kemudian akan menjadi milik mereka.
Aku mahu menikah. Tapi, aku belum boleh bersabar. Aku terbiasa menghambur emosiku atas apapun yang aku mahu dan apa saja yang aku suka. Yang aku mahu adalah orang lain bersabar dengan semua kerenahku. Yang aku mahu adalah orang lain selalu bersetuju dengan semua pendapatku.
Aku mahu menikah. Tapi aku belum pandai bersikap lemah lembut. Bagiku lembut adalah lemah. Dan menurutku, wanita lembut adalah tidak mampu untuk melawan dan hanya sekadar menurut keinginan orang lain. Aku tak boleh!
Aku mahu menikah. Tapi diriku masih susah untuk mempercaya siapapun. Bagiku kekurangan orang lain, kecuali kekurangan diriku sendiri adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan. Adakalanya aku bertanya pada diri sendiri, bagaimana pula jika nanti suamiku memiliki kekurangan yang jelas- jelas aku tidak suka? Entahlah. Aku belum menemukan jawapannya. Yang aku tahu aku hanya mahu menikah.
Aku mahu menikah, tapi aku belum pandai berhias indah untuk orang lain. Menurutku, orang lain harus menerima aku seadanya. Jika mereka tidak menyukainya, itu hak mereka dan bukan urusanku. Dalam fikiranku, kritikan adalah satu permintaan orang lain daripada aku, mereka harus meminta izinku terlebih dahulu untuk mengkritik aku dan aku sama sekali tidak suka itu.

Nampaknya...
Aku belum layak menikah kerana aku tidak ada persediaan untuk semua itu! Semuanya malahan akan menakutkan kaum lelaki untuk menjadikan aku sebagai suri di hati mereka.
Nanti jika ada yang bertanya kepadaku soal nikah kahwin, aku akan menjawab persoalan mereka mengikut rasionalku sendiri.
"kenapa lambat?"
"kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku..."
"dah berpunya?"
"Ya. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing."
"Siapa?"
"Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku"
"Bila?"
"Bila kami dah dipertemukan. In sha Allah."
Tidak perlulah terlalu mempersoalkan bila seseorang itu akan menikah kerana semua rahsia terletak dalam tangan Allah. Sampai masa Allah akan membongkarnya. In sha Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment