Sunday, 23 December 2012

Demam

Setelah tiga bulan berlalu...
Akhirnya aku menerima kunjungan tuan "demam"...
Dia mau singgah sebentar melingkar di tubuhku ini. 
Baiklah. Silakan...
Tapi aku mohon. Janganlah berlama-lama persinggahanmu kali ini. 

Kerana aku sedang bergelut dengan persediaan imtihan. Aku tidak kuat untuk terus bertahan jika 'engkau' terus bermaharajalela.

Di jami'ah tadi aku sangat lemah. Aku hanya meletakkan kepala di atas meja menanti dokter masuk ke kelas. 

Pulang dari jami'ah tadi pagi, aku minta ditemankan ke solidiah (farmasi) sebentar mencari ubat. Batukku menjadi-jadi. Dadaku seolah-olah sesak. Sakit dan aku sangat tidak selesa. 

Semasa singgah di mat'am Zumair, aku mengadu sendirian.

"Ya Allah. Tolong percepatkan tamatnya musim sejuk ini. Aku sudah tidak kuat menghadapinya."

Mahu menitis air mata saat meminta sedemikian. Semua jemari kakiku sudah membengkak kemerahan akibat terlalu sejuk. Bukan aku seorang malah ramai dari kalangan teman-temanku menghadapi keadaan serupa. Hingga aku ambil keputusan untuk bertayammum kali ini. Aku sudah tidak sanggup menjirus air ke kaki kerana aku bimbang jika air itu nanti akan lebih mengembangkan jari-jemariku. Tambahan pula keadaan air yang tidak sihat itu buat aku takut jika tersebar kesan kuman di dalam kakiku nanti. Biar keadaan kakiku kembali stabil dahulu.

Kulit menjadi kering dan bibir kian berdarah dan merekah. Semua buat aku sangat tidak selesa. Ya Tuhan. Aku mohon kekuatan seperti yang telah beri kepada mereka yang kuat. 

Sebaik tiba di rumah, aku terus bungkam di katil sendiri. 

Jangan lupa senyum walaupun demam. Sekian.  
  



  

No comments:

Post a Comment