Tuesday, 25 December 2012

No title

Assalamualaikum. 
11.51 a.m waktu tempatan.
Suhu 3 darjah selsius. Sangat sangat sejuknya lahai pun. 

Tadi malam aku lena pada usia malam yang sangat muda. Seingat aku sejam selepas solat isyak kira-kira jam lapan malam. Nasik pun aku tak jamah.
Jam 2 pagi lebih kurang aku tersedar. Batukku menjadi-jadi buat tidurku sangat terganggu. Dengan keadaan hidung yang makin ketat buat aku puas berpusing ke kiri kanan. Lemas! 
Aku gagahkan diri bangun. Masuk dapur. Masak air dan buat sejag teh. Aku makan sebiji ubat. Aku kejut Mon Mon ajak menelaah sekali. Sejam kemudian baru dia datang join aku di bilik sebelah. Aku hafal syair-syair penyair urdun hingga subuh menjelang sambil mengeluh bertahan dengan kuasa sejuk.  


Post yang  tak ada kena-mengena dengan gambar. Cuma tadi selepas subuh aku berscrolling sekejap di facebook dan terjumpa gambar yang sangat menarik perhatian aku ini. Suka tengok Irma dan Reeza!
Aku ikuti kisah mereka. Pertemuan yang sangat indah bersama keluarga di tanah suci. Akhirnya menjadi sebuah keluarga. Tak perlu bercinta bertahun-tahun pun tak apa. Kalau sudah jodoh tentu tidak ke mana. 

sekian.

2 comments: