Assalamualaikum.
Aku pulang dari jami'ah lebih awal dari kebiasaan. Kelas ma'ajim 'arabiah berakhir minggu lepas. sebaik selesai memberikan kertas peperiksaan kepada dokter, aku melangkah keluar dari kawasan jami'ah. Sebelum pulang ke rumah, aku singgah ke bank untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi melunaskan yuran yang masih berbaki. Peperiksaan akhir makin qarib. Jadi, aku akan menjelaskan yuran sebelum menduduki peperiksaan. Bimbang jika ditahan atau sebagainya. Itupun selepas seorang teman memberitahu. Jika tidak, mungkin saja yuran tidak terlunas. Memang semua pelajar UniSZA hanya membayar separuh sahaja yuran semasa pendaftaran sama seperti pelajar-pelajar lepasan SPM dan STAM. Ini kerana status kami sebagai pelajar 4 tahun di sini. Bagi pelajar yang ingin buat 2 tahun, yuran adalah dua kali ganda. So, kami kenalah lunaskan yang seganda lagi tu.
Hari ini aku dan 3 ahli bait puasa. Cadangnya kami nak buat makan-makanlah sikit. Tapi baru saja sejam yang lalu ada post dari group mahasiswi mutah buat bacaan yasin dan iftar jama'ie pada petang ini di Matarneih. Nampaknya kami berbuka di majlis itu sajalah. Untung juga.
Sejak akhir-akhir ini, kesihatanku agak terganggu. Hidungku sering berdarah. Anak tekak terasa perit. Hidung selalu berair. Tak hairanlah ada ahli baitku yang sering batuk-batuk. Aku jadi tidak kuat untuk menelaah sebagai persediaan imtihan nihaie.
Tadi malam sewaktu aku menelaah madah 'arudh wal qafiah, tiba-tiba aku teringatkan abah. Abah. Kali pertama abah memelukku erat di KLIA sebelum melepaskan aku berangkat jauh. Buat aku jadi rindu yang teramat sangat. Lamanya sudah aku tidak bertentang mata menatap wajah abah. Terasa panas seluruh badan dan mataku mula berkaca-kaca.
![]() |
| Ya Tuhanku. Tolong jaga abah. Aku sangat sangat sayangkan dia. |
Dua minggu lepas, waktu emak berkunjung ke rumah atuk, aku dapat skype dengan emak. Aku bercerita dan mengadu semua perkara. Aku tunjukkan wajah jordan dan pemandangan sekitar. Kalau boleh, aku nak bawa emak dan abah duduk di sini temani aku. Perhatikan kegiatan-kegiatan harianku. Makan bersama denganku.
Aku nampak abang Mie, atuk, acu, acik Era, pakcik, anjang, Nurul, kakak Awa, Adam, Syawal, Ika, Wani, baby dalam screen laptop... Ramai saudara-saudaraku. Aku sangat gembira.
Emak pesan,
"jaga diri baik-baik".
"Jangan jalan sorang-sorang kalau pergi kelas..."
Mak. Kalaulah kau tahu...
Di sini aku benar-benar harus berdikari. Aku tak ada noha dan aishah untuk bermanja lagi. Aku akan keluar setiap pagi ke jami'ah. Adakala bersendirian. Adakala berteman. Tidak boleh sentiasa berteman emak. Nanti kerja-kerjaku terbantut jika semua perkara aku harus berteman. Jadual waktu yang tidak serupa terpaksa membuat aku bergerak sendirian. Lama kelamaan anakmu ini akan terbiasa. Lagipun ini jalan yang aku pilih. Maka akulah yang akan mempertahankannya. Aku janji akan sedaya upaya menjaga diri ini sebaiknya. Cuma aku perlukan doamu untuk terus mapan berkelana di bumi tanah berpasir ini.
Sudah dulu. Aku ada kerja lain untuk diselesaikan. Jumpa lagi. sekian.

wow..ijazah sarjana muda at Jordan. good luck :)
ReplyDelete