Assalamualaikum.
Bercerita tentang keindahan karnival PERMATA! Semalam, aku sendiri antara mau dan tidak je untuk join karnival ni. Tapi jauh di sudut hati kecil, aku teringin juga menyaksikan bagaimana aktiviti karnival ini akan berlangsung. Jam 4.15 petang aku keluar ke masjid shuhada' untuk ke jami'ah dengan seorang teman.
Tiba di dewan Masrah, aku lihat suasana hiruk-pikuk yang semua orang ketika itu sedang sibuk dengan telatah dan aksi masing-masing dalam menguruskan tugas yang mereka sendiri sudah agam barangkali.
Aku merayau sekitar meja-meja pameran yang bersusun di depan mata. Satu persatu aku kunjungi. Tak mahu melepaskan peluang, aku turut menjawab beberapa soalan yang disediakan. Dalam hati aku berkata-kata sendirian.
"Wah! Mantap juga karnival begini."
![]() | |
| Pameran PC fair |
Menurutku ia sangat menarik. Mereka yang terlibat secara langsung sangat mengujakan. Persediaan yang sangat enak dilihat. Poster-poster kecil dan maklumat-maklumat penting di tampal sebagai bahan bacaan untuk tambahan pengetahuan.Aku jadi kagum.
Malangnya aku tak punya kamera di sisi untuk mengumpul koleksi dan menyusunnya semula di sini. Makanya aku sekadar memungut apa yang ada. Bagiku memadailah begini.
Antara gerai-gerai yang mempamerkan variasi makanan masing-masing.
![]() |
| Gerai roti canai (rase mcm pernah mkn je roti canai ni, jiran sebelah bg) |
![]() |
| kek dan kuih muih yang seangkatan dengannya |
![]() | ||
| makanan istimewa. (di sini aku dapatkan sebungkus laksa!) |
Sebenarnya aktiviti-aktiviti di sini banyak. Pameran pun banyak. Cuma aku tak punya banyak gambar untuk dipamerkan di sini (minta maaf).
Di dalam dewan, alunan ayat al quran, ada nasyid, qasidah, puisi, lakonan, nyanyian solo, nyanyian berduet oleh 'pak duta' dan 'mak duta' dan penyampaian sijil dan anugerah-anugerah terpilih. Terhibur hati ini.
Paling menyentuh hati, lakonan semula yang dilakonkan oleh sahabat-sahabat arwah Saiful Asyraf semasa hayat beliau hinggalah saat beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya di Jordan. Menitis juga air mataku saat itu.
Jam 10.30 malam jugalah semua bersurai.





No comments:
Post a Comment